BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pelanggan-pelanggan di sayangi,

Kami terpaksa menghentikan perkhidmatan kami buat sementara waktu di atas masalah teknikal. Insya-Allah panjang umur dan murah rezeki kita bertemu lagi.

Love you all,

Grab A Chance
24/01/2014

Thursday 7 July 2011

Exploring Andalusia and Gibraltar... you will love it

Apa kata kita bercuti ke Andalusia, Spain? Andalusia merupakan salah satu wilayah yang terletak di selatan tanah besar Sepanyol. Ia memiliki lapan provinces antaranya Malaga, Seville, Cordoba dan Granada. Tetapi, kenapa Andalusia? Apa yang menariknya dengan Andalusia?
1. Andalusia suatu ketika dahulu pernah berada di bawah pemerintahan Islam selama hampir 8 abad. Jangkamasa ini menunjukkan penguasaan Tamadun Islam yang cemerlang ditambah dengan keunikan geografinya dan kepelbagaian bangsa dan agama.
2. Dengan faktor tersebut, terdapat beberapa kesan peninggalan sejarah Islam yang menarik perhatian seluruh pengkaji, penggemar dan pelancong seluruh dunia untuk datang ke Andalusia.
3. Bukan itu sahaja, kita boleh melihat beberapa kesan sejarah yang telah dinafikan keislamannya terutama dari segi unsur-unsur pembinaan.
4. Antara peninggalan terkenal; Mesquita de Cordoba adalah masjid dalam taman yang dibina pada zaman pemerintahan Abdul Rahman Al-Dakhili. Selepas kejatuhan Islam, kerajaan Sepanyol telah menjadikannya sebagai gereja besar Cordoba (The Cathedral of the Diocese of Cordoba).

Mesquita de Cordoba. Diwartakan sebagai World Heritage Site.
5. Medina Azahara yang juga terletak di Cordoba adalah bekas runtuhan satu kawasan pentadbiran kerajaan yang mempunyai bangunan pentadbiran, pejabat-pejabat kerajaan, taman, rumah residen dan tandas. Ia dibina pada zaman Abdul Rahman ke III al-Nasir dan hanya bertahan tidak melebihi seratus tahun. Ini adalah kesan pergolakan antara kerajaan Islam yang memerintah pada zaman itu.

Medina Azahara; hanya 9% yang tinggal
6. Istana Al-Hambra adalah istana terakhir yang terdapat di Andalusia sebelum jatuhnya kerajaan Islam.  Istana ini dibina pada zaman Bani Ahmar dan terletak di Granada. Pembinaan istana ini adalah lambang kecerdikan cendikiawan Islam pada zaman itu. Istana ini juga diwartakan sebagai UNESCO World Heritage Site.

Istana Al-Hambra; Kedudukannya yang terletak di atas bukit memperlihatkan kekuasaan pemerintah pada zaman itu. 

Antara bangunan yang terdapat di dalam tamannya yang sungguh indah
  7. Selain dari kesan peninggalan Islam, Andalusia juga mempunyai beberapa tempat menarik yang cantik dan mengkagumkan. Antaranya Ronda. Ronda adalah bandar kecil di atas kawasan berbukit. Bandar ini terkenal dengan bangunan-bangunannya di celahan bukit.

Sangat menakjubkan

Antara bangunan di celah bukit
8. Malaga. Satu bandar yang cantik dan terletak di tepi laut, Costa del Sol. Di Malaga terdapat beberapa tempat menarik seperti Palacio Gibralfaro, Alcazaba, Roman Theater dan Muzium Picaso. Tidak lupa juga Plaza Mayor sebagai tempat santapan mata untuk membeli belah.

Alcazaba, Malaga dan Roman Teater
Alang-alang bercuti ke Andalusia, kita menjenguk juga ke Gibraltar, antara salah satu jajahan British. Ianya terletak di semenanjung paling selatan di sempadan Andalusia. Gibraltar terkenal dengan Jabal Tariq atau Rock of Gibraltar. Ia adalah pintu kemasukan kepada askar Islam semasa menawan Sepanyol suatu ketika dahulu.

Rock of Gibraltar dilihat dari sempadan Andalusia
Jadi, apalagi... email kami untuk mendapatkan harga menarik. Pakej termasuk penginapan, pengangkutan,  minum pagi dan makan malam. Kami boleh dihubungi di lina.baharin@gmail.com dan khubaib479@gmail.com

0 comments: