BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pelanggan-pelanggan di sayangi,

Kami terpaksa menghentikan perkhidmatan kami buat sementara waktu di atas masalah teknikal. Insya-Allah panjang umur dan murah rezeki kita bertemu lagi.

Love you all,

Grab A Chance
24/01/2014

Thursday, 7 July 2011

Exploring Andalusia and Gibraltar... you will love it

Apa kata kita bercuti ke Andalusia, Spain? Andalusia merupakan salah satu wilayah yang terletak di selatan tanah besar Sepanyol. Ia memiliki lapan provinces antaranya Malaga, Seville, Cordoba dan Granada. Tetapi, kenapa Andalusia? Apa yang menariknya dengan Andalusia?
1. Andalusia suatu ketika dahulu pernah berada di bawah pemerintahan Islam selama hampir 8 abad. Jangkamasa ini menunjukkan penguasaan Tamadun Islam yang cemerlang ditambah dengan keunikan geografinya dan kepelbagaian bangsa dan agama.
2. Dengan faktor tersebut, terdapat beberapa kesan peninggalan sejarah Islam yang menarik perhatian seluruh pengkaji, penggemar dan pelancong seluruh dunia untuk datang ke Andalusia.
3. Bukan itu sahaja, kita boleh melihat beberapa kesan sejarah yang telah dinafikan keislamannya terutama dari segi unsur-unsur pembinaan.
4. Antara peninggalan terkenal; Mesquita de Cordoba adalah masjid dalam taman yang dibina pada zaman pemerintahan Abdul Rahman Al-Dakhili. Selepas kejatuhan Islam, kerajaan Sepanyol telah menjadikannya sebagai gereja besar Cordoba (The Cathedral of the Diocese of Cordoba).

Mesquita de Cordoba. Diwartakan sebagai World Heritage Site.
5. Medina Azahara yang juga terletak di Cordoba adalah bekas runtuhan satu kawasan pentadbiran kerajaan yang mempunyai bangunan pentadbiran, pejabat-pejabat kerajaan, taman, rumah residen dan tandas. Ia dibina pada zaman Abdul Rahman ke III al-Nasir dan hanya bertahan tidak melebihi seratus tahun. Ini adalah kesan pergolakan antara kerajaan Islam yang memerintah pada zaman itu.

Medina Azahara; hanya 9% yang tinggal
6. Istana Al-Hambra adalah istana terakhir yang terdapat di Andalusia sebelum jatuhnya kerajaan Islam.  Istana ini dibina pada zaman Bani Ahmar dan terletak di Granada. Pembinaan istana ini adalah lambang kecerdikan cendikiawan Islam pada zaman itu. Istana ini juga diwartakan sebagai UNESCO World Heritage Site.

Istana Al-Hambra; Kedudukannya yang terletak di atas bukit memperlihatkan kekuasaan pemerintah pada zaman itu. 

Antara bangunan yang terdapat di dalam tamannya yang sungguh indah
  7. Selain dari kesan peninggalan Islam, Andalusia juga mempunyai beberapa tempat menarik yang cantik dan mengkagumkan. Antaranya Ronda. Ronda adalah bandar kecil di atas kawasan berbukit. Bandar ini terkenal dengan bangunan-bangunannya di celahan bukit.

Sangat menakjubkan

Antara bangunan di celah bukit
8. Malaga. Satu bandar yang cantik dan terletak di tepi laut, Costa del Sol. Di Malaga terdapat beberapa tempat menarik seperti Palacio Gibralfaro, Alcazaba, Roman Theater dan Muzium Picaso. Tidak lupa juga Plaza Mayor sebagai tempat santapan mata untuk membeli belah.

Alcazaba, Malaga dan Roman Teater
Alang-alang bercuti ke Andalusia, kita menjenguk juga ke Gibraltar, antara salah satu jajahan British. Ianya terletak di semenanjung paling selatan di sempadan Andalusia. Gibraltar terkenal dengan Jabal Tariq atau Rock of Gibraltar. Ia adalah pintu kemasukan kepada askar Islam semasa menawan Sepanyol suatu ketika dahulu.

Rock of Gibraltar dilihat dari sempadan Andalusia
Jadi, apalagi... email kami untuk mendapatkan harga menarik. Pakej termasuk penginapan, pengangkutan,  minum pagi dan makan malam. Kami boleh dihubungi di lina.baharin@gmail.com dan khubaib479@gmail.com

Airport Transport Service

Perlukan perkhidmatan Airport Transport
* Heathrow Airport --> London City Centre or where ever you wish
* Stansted Airport --> London City Centre or where ever you wish


Hubungi kami di lina.baharin@gmail.com atau khubaib479@gmail.com 
atau hubungi terus kami di talian +447837659748 dan +447850280140.

Tuesday, 29 March 2011

Pesanan untuk Medela Swing Electric Breastpump

Kami membuka order untuk new Medela Swing Electric Breastpump sehingga 15 April ini. Item akan sampai Malaysia pada 30 April 2011. Item boleh di pos ke tempat anda by your own cost atau datang sendiri ke Seremban 2 untuk collection. Cumanya, kami memerlukan deposit 50% sebagai commitment. Any further question, please email kami at lina.baharin@gmail.com atau khubaib479@gmail.com.




Medela Swing Electric Breastpump (BP) ni merupakan pilihan utama di hospital. Sangat sesuai untuk di gunakan di rumah, tempat kerja dan di mana sahaja sebab ianya ringan dan kecil. BP ini mempunyai 2-phase pumping programme untuk mendapatkan lebih susu dalam masa singkat. Boleh digunakan secara elektrikal ataupun battery-operated.

Thursday, 24 March 2011

Iklan Iklan ... Jalan-jalan di UK

Kan tiket AirAsia kan dah murah untuk ke UK. Currency exchange pun tengah cantik sekarang ni. Apa kata kita jalan-jalan ke UK. Rasanya sebab utama orang ke UK adalah untuk shopping. Yes... shopping heaven. Betul.. kita tak tipu. Tak caya, mai lah sini.
Kami pula menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke tempat-tempat yang anda mesti pergi di UK. 

Nak shopping, kita ada
** Bicester Village Outlet Shopping
** Westfield Shopping London Shopping Centre
** Cheshire Oak Designer Outlet Shopping Centre

Bicester Village Outlet Shopping

Cheshire Oak Designer Outlet
Untuk sight seeing, makan-makan, ada
** Makan Cafe
** Restoran Bonda
** Tok Din Restaurant
** London Bridge
** London Eye

Big Bang and House of Parliment
  
London Eye
  
Tower Bridge

Yang minat bola, ada
** Old Trafford, Manchester
** Anfield, Liverpool

















Nak shopping pinggan mangkuk, kita boleh bawa ke
** Stoke-on-Trent city

Untuk penginapan, kami boleh suggest mana yang patut, mana yang sesuai dengan budget. 


Lagi satu, kami juga menyediakan airport transfer services.
** London - Stansted - London
** London - Heathrow - London

Jangan segan jangan silu untuk menghubungi kami di lina.baharin@gmail.com atau khubaib479@gmail.com untuk keterangan lanjut. Nak cerita kat sini panjang sangat.